CEPATNYA BANG...!
RAMAI suami mengalami masalah ejakulasi tidak mahu berterus terang kepada isteri dan cuba mengatasinya secara sendirian tanpa pengetahuan isteri. Pada hal, rawatan paling berkesan adalah terapi seksual yang memerlukan kerjasama daripada isteri, lagipun rawatan ini jauh lebih murah berbanding rawatan perubatan.
Masalah cepat ejakulasi dan disfungsi ereksi adalah dua gangguan fungsi seksual yang saling berkaitan kerana masalah cepat ejakulasi ini jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan disfungsi ereksi. Begitu juga sebaliknya, difungsi ereksi menyebabkan cepat ejakulasi.
Bagaimanapun suami tetap masih member! alasan bahawa hubungan seksual dengan isteri masih boleh dilakukan walaupun ia berlaku dalam waktu yang singkat.
Selain disfungsi ereksi, cepat ejakulasi juga boleh disebabkan oleh kebiasaan suami ingin mencapai eja¬kulasi secara tergesa-gesa di peringkat awal hu¬bungan seksual, fungsi zat serotonin yang lemah dan masalah hipersensitif yang menyebabkan gagal orgasme.
Mengecewakan isteri: Lambat laun, masalah cepat ejakulasi ini boleh menyebabkan isteri kecewa dalam diam kerana menghadapi masalah gagal orgasme bila suami cepat ejakulasi.
Isteri gagal orgasme disebabkan tidak cukup menerima rangsang-an seksual, bahkan rangsangan suami terhenti kerana dia cepat ejakulasi dan isteri tidak mencapai sebarang kepuasan.
Cara me-ngatasi: Masalah cepat ejakulasi, suami tidak perlu tergesa-gesa untuk mengetahui statusnya sama ada disebabkan oleh disfungsi ereksi atau sebaliknya.
Jika ia disebabkan oleh disfungsi ereksi, maka atasi masalah ini terlebih dahulu. Jika mampu ditangani dengan baik, masalah cepat ejakulasi dengan sendirinya dapat di-atasi.
Jika bukan disebabkan oleh difungsi ereksi, ma¬salah cepat ejakulasi boleh diatasi dengan pengam-bilan ubat untuk mengawal ejakulasi, melakukan latihan mengawal ejakulasi (terapi seks) dan pembe-dahan untuk membetulkan urat saraf.
Rawatan menggunakan ubat dan terapi seks, paling banyak menjadi pilihan utama lelaki yang menghadapi masalah cepat ejakulasi berbanding cara pembedahan. Pengambilan ubat dan terapi perlu dalam pengawasan doktor pakar.
Sayangnya kebanyakan lelaki lebih suka memilih ubat berbanding terapi seks. Jawapannya, ada tiga sebab kenapa mereka berbuat demikian, pertama lebih mudah, latihan memerlukan masa dan ketekunan sedangkan mereka mahukan hasil segera. Dan ketiga, umumnya suami malu berterus terang dengan isteri.
Sebenarnya terapi seks adalah jauh lebih murah dan isteri boleh membantu dan lebih memahami masalah suaminya.
0 comments: to “ CEPATNYA BANG...! ”
Post a Comment