DARI SUAMI UNTUK ISTERI
Bila Isteri Dahaga Seks?.....Tips untuk suami.
SUAMI harus tahu walaupun isteri mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks, tetapi tidak ramai yang ) meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri menyebabkan mereka mengharapkan suami memahaminya.
Realitinya, walaupun sudah lama berumah tangga suami kadang kala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Suami, jangan biarkan ini berlaku, tips berikut mungkin boleh membantu mereka mengetahui bila situa-sinya isteri menginginkan hubungan seks.
BERJAUHAN DENGAN PASANGAN
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari, bila tidur bersendirianlah akan membangkitkan ghairah isteri untuk melakukan hubungan seks. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, tidak hairanlah bila suami pulang,isteri akan melakukan sesuatu yang akan mem-bawa suami mereka te-rus ke ranjang.
WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu harike14selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terha-dap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu me-mulakan langkah merangsang suami untuk berasmara dengannya.
Suami tidak perlulah hairan dengan situasi ini atau menganggap isteri 'buang tebiat' kerana ini seme-mangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaumwanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.
SELEPAS BERTENGKAR
Seks memang selalu dikatakan penyudah kepada setiap pertengkaran suami isteri. Rasanya hampir semua pasangan melakukan perkara ini. Selepas bertengkar dan merajuk panjang, tidak ada apa yang lebih diinginkan oleh isteri selain daripada dipujuk dan dipeluk oleh pasangannya.
Sentuhan dan belaian suami ketika ini akan menyejukkan hati isteri yang masih dalam keadaan rajuk. Pandai-pandailah suami memujuk isteri kerana kepandaian anda memujuk boleh menyebabkan situasi tersebut berakhir dengan penuh kenikmatan buat anda berdua.
TERTEKAN
Memang telah diketahui seks mampu meredakan tekanan baik kepada lelaki mahupun wanita. Jadi apabila melihat isteri dalam keadaan tertekan dan murung.seks mungkin membantu dirinya untuk lebih relaks. Tetapi harus lihat situasinya, sekiranya isteri sekiranya isteri tidak memberi respon pada rangsangan yang diberikan, mungkin seks bukanlah apa yang diinginkan.
Ajakdirinya untuk berkongsi masalah, cara itu mungkin membantu mengurangkan stress yang dialaminya.
MENERIMA BER1TA GEMBIRA
Ini adalah masa yang paling baik untuk seks. Berita gembira seperti mengetahui diri sedang berbadan dua akan memberikan mood yang baik untuk seorang isteri. Suami mungkin tiada masalah mendampingi isteri ketika ini. Ajakan untuk melakukan seks pastinya tidak akan ditolak. sekiranya anda berkeinginan untuk seks, pastikan anda menggembirakan hati isteri terlebih dahulu.
IMAGINASI
Bukan lelaki sahaja yang berfantasi tentang seks, kaum wanita juga punya imaginasi atau fantasi perkara yang sama. Namun fantasi mereka tidaklah ekstrem seperti lelaki. Kaum wanita atau isteri selalunya berfantasi tentang dirinya dilayan cukup romantis dan dibelai manja oleh suami mereka. Jadi buat suami, penuhkanlah fantasi isteri ini, layan dan belailah mereka. Jangan meng-harapkan fantasi anda saja di-penuhi.
0 comments: to “ DARI SUAMI UNTUK ISTERI ”
Post a Comment