Produk-produk Bioasli boleh dibeli secara online dan Ahli Bioasli boleh membuat bayaran melalui ATM BANK, Visa kad, Master Kad atau sebarang kad kredit secara online di seluruh dunia. PRODUK HEBAT, MURAH DAN BERKESANPRODUK TERUS DARI KILANG YANG DI MILIKI SENDIRI OLEH BIO-ASLI.COM dan lokasi kilangnya adalah di BNO, SABAK BERNAM,SELANGOR

internet lubuk duit. betul ke?  

salam buat kekawan,
betul ke internet lubuk duit? betul la tu, pengasas goggle, twitter, facebook, friendster, yahoo dan ramai lagi manusia dah jadi kaya dengan teknologi ni. itu kat luar negara, camne pulak dengan manusia kat malaysia? ada ke yang dah kaut berjuta ringgit dengan kuasa internet ni? jawapannya mudah, memang ada. seorang yang aku biasa dengar namanya ialah irfan khairi. yang lainnya aku tak berapa nak kenal sebab jenis low profile.
camne erk! diorang ni boleh kaut untung? ni la persoalan yang selalu terlintas dalam batu jemala aku. selama ni 24 jam aku ngadap laptop dan hampir 12 jam tiap hari aku layari internet langsung duit tak masuk. duit keluar untuk bayar bil tiap bulan adalah.
ada orang kata kalau kita ada laman web atau blog sendiri barulah senang nak tarik duit. so aku try la cari kekawan yang pandai buat blog untuk ajar aku. tapi haram! tak de sorang pun yang sudi nak ajar. ye la akupun tak salahkan diorang, maklumlah diorang pun jenuh cari ilmu aku pulak senang - senang nak mintak.
so aku pun geledah la maklumat dalam internet cara untuk buat blog dan akhirnya 6.9.09 tempoh hari berjaya juga aku buat blog aku ni. he, he, he, ok tak?
bila blog dah siap mula la aku try macam - macam program pengiklanan. Adsense, Bidvertiser, jutawan klik,jomklik, program pengiklanan irfan khairi dan ntah macam - macam lagi jenis program pengiklanan.
itu sebabnya kalau ngkorang lihat kat atas, kiri kanan dan bawah blog aku ni penuh ngan iklan. semua tu duit tu. tapi setakat ni aku tak dapat apa - apa lagi, he, he, he.
camne pun tak pe lah, sekurang - kurangnya blog aku nampak cantik dan bergaya dengan iklan - iklan ni. pun begitu kalau kekawan nak tau apa yang ada pada iklan tu kekawan try la klik. jangan risau. kekawan tak perlu bayar sesen pun kecuali masa kekawan je.
hari ni akhirnya aku berjaya juga dapatkan iklan dari bidvertiser untuk diletakkan kat kanan blog aku ni. he, he, he, bukan senang untuk bidvertiser letakkan iklan pada blog kita. so nampaknya blog aku dah dipandang oleh bidvertiser. he, he, he!
oklah kekawan lepas ni aku nak cerita pasal program - program yang boleh buat duit. walaupun aku belum dapat sesen pun duit, saja nak kongsi dengan kekawan. sama ada kekawan nak percaya atau tidak terpulang. aku cuma nak bagitahu je. lepas baca kalau kekawan nak joint program tu joint la. tak joint pun tak pe. joint tak joint dua - duanya tak rugi. bukan keluar duit pun. wallahua'lam

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster